Ahad, 10 Februari 2008

Bahan-bahan yang diperlukan

Minggu ni aku plan untuk dapatkan senarai harga barang untuk keperluan penanaman cendawan. Aku nak survey harga dari pembekal-pembekal sedia ada...macam biasa la...Aku dah siapkan checklist untuk keperluan bahan-bahan supaya tidak terlupa. Dah jadi kebiasaan aku buat checklist, semua dari pengalaman bekerja diserap masuk dalam melaksanakan projek cendawan ni. Orang kata memang cerewet tapi useful la untuk diri sendiri. Masih ingat lagi kata-kata dari sebuah buku motivasi....yang remeh jangan dipandang ringan....sebatang pokok yang besar boleh menyembah ke bumi disebabkan seekor kumbang yang kecil...Tak sia-sia jadi 'ulat buku' ni....hehehe...

Dalam minggu ni juga aku harus siapkan barang-barang yang diperlukan. Dan aku akan balik ke Tangkak untuk proses selanjutnya...

Semoga Tuhan mengizinkan...

Khamis, 7 Februari 2008

Bangsal Cendawan

Hari ni, 7hb Februari 2008, bangsal cendawan aku telah siap. Lebih awal dari yang aku jadualkan. Walaupun kecil saiznya, tapi dapat aku tempatkan bahagian-bahagian yang perlu. Ruang suntik benih cendawan, pemeraman, penuaian dan stor dapat dimuatkan. Ruang untuk bancuhan dimana?...Adik aku cadang buat dalam basin besar.....ok jugak tu...tak bazir bahan...

Sekarang, aku kena cari bahan seperti habuk kayu getah yang terdekat dengan Tangkak, Johor. Sewaktu kursus di FAF, aku terlupa untuk dapatkan contact En. Nazhan dari Segamat. Bahan mentah yang lain aku boleh dapatkan dari mana-mana pembekal.

Semoga Tuhan mengizinkan...

Aku punya blog - try and error

Hari ni, awal pagi jam 1:30 am aku masih duduk didepan laptop untuk buat blog aku sendiri. Lama juga aku cari, belajar dari internet, cuba buat dan hasilnya seperti adanya. Mungkin esok lusa aku cuba lagi untuk tambah baik lagi. Ada banyak yang harus diperbaiki.

Semoga Tuhan mengizinkan.....

Rabu, 6 Februari 2008

INTRO DALAM PERTANIAN & PENTERNAKAN

Aku, Rizal Bin Faridz, 36 tahun lahir di Pontian, Johor dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Pengalaman kerja sebenarnya jauh sekali dengan bidang pertanian. Kerjanya korek tanah untuk tanam besi, batu dan dirikan menara pemancar untuk operator telekomunikasi spt Celcom, Maxis & Digi. Hingga sekarang masih terlibat dalam industri pembinaan menara pemancar tapi dalam bidang berlainan....orang kata meniti naik tangga kejayaan dalam kerjaya la....Pernah merantau di negara orang spt Filipina (1 tahun) dan Indonesia (1.5 tahun) untuk projek telekomunikasi...

Bagaimana boleh jadi minat dalam pertanian dan penternakan ni? Bermulanya dengan perkahwinan adik perempuan saya. Adik ipar saya, Aziz, telah menjalankan projek penternakan lembu secara sambilan di Tangkak, Johor. Melalui cerita-cerita darinya, aku mula berminat dan mula mencari info-info mengenai penternakan lembu. Waktu itu aku masih di Indonesia.

Kemudian, pada bulan Oktober 2007, aku pun pulang ke Malaysia kerana kontrak habis dan aku pun tak mahu sambung kontrak yang baru. Juga balik untuk sambut Hari Raya Aidil Fitri. So, masa ni semua berkumpul di rumah mak. Atas perbincangan kami, bersetuju untuk bergabung untuk mengusahakan penternakan lembu. Projek penternakan lembu dijalankan di Tangkak, Johor dimana tempat tinggal adik ipar aku.

Di rumah mak juga aku dapat tau yang adik bongsu aku, Fahmi, dah mengikuti kursus penanaman cendawan di PPUMM, Setiawan, Perak. Aku baca semua nota mengenai cendawan. Keinginan untuk mencari ilmu dan info mengenai semakin kuat dalam diri aku. Untung dirumah aku dah pasang streamyx, boleh aku surf internet untuk dapatkan info mengenai cendawan. Carian pertama aku adalah website PPUMM yang telah menganjurkan kursus tersebut.

Langkah seterusnya, pada tarikh 3hb November 2007, aku dan adik ipar aku mengikuti kursus ternakan lembu secara fidlot di PPUMM, Setiawan selama 1 hari. Ramai jugak yang ikuti kursus tersebut...penuh bilik....Banyak ilmu dan panduan berguna yang dapat...lebih-lebih lagi mengenai komersial yang tak boleh dipandang sebelah mata.

Mengenai cendawan pula, aku cari info mengenainya dalam internet. Blog yang selalu aku masuk adalah projekcendawan.blogspot.com. Aku juga telah melawat tempat penanaman cendawan di Fatisha Agrofarm di Kajang untuk dapatkan info. Waktu aku datang ke
Fatisha Agrofarm, Cik Rusila, yang mengusahakan sendiri di atas tanah yang disewa. Dia usahakan sendirian dengan modal yang boleh tahan la....Waktu aku melawat disitu, banyak media cendawan beliau yang rosak....banyak....hampir separuh dari apa yang telah dia usahakan....hmmm...cabaran yang harus diambil kira...Aku juga telah siapkan drawing untuk rak cendawan yang menggunakan kayu dan besi. Schedule untuk penanaman dan tuaian juga aku buat dalam software Microsoft Project. Estimate aku nak buat dalam 10000 media....memang banyak hasil dalam 1 bulan tapi itu secara kasar dan peratus kerosakan aku ambil dalam 5%. Proposal awal untuk penanaman cendawan, aku nak cuba buat di rumah kedai yang agak terpencil...di kawasan yang tak laku dijual....sewa murah....Aku tak pasti samada buat di rumah kedai boleh ke tidak...aku cuba dapatkan info dan ianya memang boleh dan ramai yang telah berjaya. 1 problem solved. Tapi rancangan untuk buat di rumah kedai aku batalkan. Adik perempuan pun berminat dengan cendawan ni dan dia pun dah berhenti kerja. Dari menganggur aku suruh dia usahakan.

Pada tarikh 13hb November 2007, aku telah mendaftarkan syarikat aku sendiri. RF AGROFARM nama syarikat aku. Apa-apa pun nak buat projek, kena daftar syarikat dulu....ni nasihat dari PPUMM.

Atas perbincangan antara aku, adik & ipar aku, bersetuju untuk buat projek cendawan di Tangkak. Kawasan tak la besar mana cuma 10' x 20' je...untuk permulaan. Ada tanah mak di Pontian tapi takde orang untuk usahakan dan selia projek tu. Mungkin waktu akan datang setelah berjaya di Tangkak dimana aku akan buat ternak lembu dan cendawan di tanah yang sama. Perancangan masa depan.

Tarikh 2 & 3hb Februari, aku dan adik perempuan aku ikuti kursus cendawan di Fatisha AgroFarm di Kajang. Bagusnya kursus disini kita diberi peluang buat praktikal untuk tanam cendawan. Kalau teori je banyak dah info aku dapat...tapi praktikal '0'....tak susah mana pun tapi yang remeh jangan dipandang remeh....take it serious.





Sekarang ni, bangsal masih dalam pembinaan lagi. Kayu aku dapat yang terpakai tapi murah...so kos pembinaan dapat dikurangkan. Tak lama lagi siap la bangsal tu. Untuk bekalan bahan mentah pun aku dah ada contact terdekat dengan Tangkak. So, projek akan berjalan diakhir bulan ni, insyaAllah.

Semoga Tuhan mengizinkan...