Ahad, 10 Februari 2008

Bahan-bahan yang diperlukan

Minggu ni aku plan untuk dapatkan senarai harga barang untuk keperluan penanaman cendawan. Aku nak survey harga dari pembekal-pembekal sedia ada...macam biasa la...Aku dah siapkan checklist untuk keperluan bahan-bahan supaya tidak terlupa. Dah jadi kebiasaan aku buat checklist, semua dari pengalaman bekerja diserap masuk dalam melaksanakan projek cendawan ni. Orang kata memang cerewet tapi useful la untuk diri sendiri. Masih ingat lagi kata-kata dari sebuah buku motivasi....yang remeh jangan dipandang ringan....sebatang pokok yang besar boleh menyembah ke bumi disebabkan seekor kumbang yang kecil...Tak sia-sia jadi 'ulat buku' ni....hehehe...

Dalam minggu ni juga aku harus siapkan barang-barang yang diperlukan. Dan aku akan balik ke Tangkak untuk proses selanjutnya...

Semoga Tuhan mengizinkan...

2 ulasan:

Kasih Harmoni berkata...

Assalammualaikum, wrt. wbt.

Saya bagi pihak anak-anak dan petugas-petugas Rumah Kasih Harmoni (RKH) mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan En. Rizal.

Semoga ALLAH melipatgandakan rezeki dan diberkatinya. Semoga sumbangan ini akan menjadi satu AMAL TAQWA untuk bekalan tuan di hari akhrat kelak. Amin.

Walaubagaimanapun saya ingin juga mendapat kepastian, adakah sumbangan ini ada dikhususkan untuk sebarang niat? Sekiranya ada pengkhususiah sukacita sekiranya cik/puan/tuan dapat memaklumkan kepada saya. Seperkara lagi bolehker saya tahu dari mana dapat maklumat tentang rumah amal kami ini.

Sekian, Wassalam dan terima kasih sekali lagi di atas sumbangan yang dihulurkan.

Kasih Harmoni berkata...

Assalammualaikum, wrt.wbt.

En. Rizal Faridz,

Saya bagi pihak anak-anak dan petugas-petugas Rumah Kasih Harmoni (RKH) mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan saudara.

Semoga ALLAH melipatgandakan rezeki En. Rizal dan diberkatinya. Semoga sumbangan ini akan menjadi satu AMAL TAQWA untuk bekalan saudari di hari akhrat kelak. Amin.

Pihak RKH kini melancarkan kempen AMAL terbaru untuk RKH.

Untuk keterangan lanjut sila layari: www.rumahamal.org/mamal.htm

Sudilah sekiranya tuan/puan dapat memperpanjangkan mesej ini kepada kenalan2 yang lain. Semoga ada saham kita bersama di dalam usaha amal ini.Insya Allah.

Sekian, Wassalam dan terima kasih sekali lagi di atas sumbangan yang telah dihulurkan.


Yang berusaha
Rohana Ali
Penasihat
RUMAH KASIH HARMONI.